Sunday, April 5, 2015

I-Think ( Peta Pemikiran) 6: Peta Titi

(Hubungan yang Sama, Mencari Faktor Penghubung)


1.        Lukiskan sebuah garisan dan tuliskan faktor penghubung (relating factor) di bahagian kiri.
2.        Faktor penghubung (RF) adalah frasa setara yang mengaitkan analogi.
3.        Lukiskan garisan dan tuliskan di bahagian atas dan bawahnya pasangan yang berkaitan.
1.         Seterusnya, ikuti langkah yang sama untuk pasangan berikutnya.
2.         Kedua-dua pasangan berkaitan ini disambungkan oleh puncak. (                                          ).
3.         Sambungkan pasangan seterusnya sehingga tamat.
4.         Sentiasa meletakkan 'as' yang bererti sama seperti pada peta titi

Di baca seperti ini:

Ekor adalah penjodoh bilangan bagi kucing sama seperti buah adalah penjodoh bilangan bagi rumah sama seperti biji adalah penjodoh bilangan bagi gelas.

I-Think ( Peta Pemikiran) 5: Peta Buih Berganda






1.    Lukiskan 2 bulatan (berwarna biru dan merah) di dua bahagian untuk menulis 2 topik (objek / idea) yang ingin dibandingkan.
2.    Tuliskan kedua-dua topik tersebut di dalamnya.
3.    Lukiskan beberapa bulatan di sekelilingnya termasuklah di antara 2 bulatan utama.
4.    Sambungkan semua bulatan dengan 2 topik utama menggunakan garis lurus.
5.    Bagi bulatan (berwarna hijau) yang berada di antara 2 topik, gabungkannya dengan kedua-dua topik untuk mewakili persamaan.
6.    Isikan semua perbezaan di dalam bulatan (berwarna kuning atau ungu) yang hanya bersambung dengan 1 topik sahaja.
Peta ini juga boleh digunakan untuk menujukkan persamaan sahaja atau perbezaan sahaja.

I-Think ( Peta Pemikiran) 4: Peta Alir

Proses Berfikir = Urutan
Peta Pemikiran = Peta Alir

Bentuk:







1.    Tuliskan tajuk ( peristiwa / langkah)
2.    Lukiskan sebuah kotak di sebelah kiri kertas dan isikan dengan langkah pertama untuk menghasilkan / membina / membuat..........................................................
3.    Lukiskan anak panah mengarah ke sebelah kanan.
4.    Lukiskan kotak yang kedua dan isikan dengan langkah seterusnya.
5.    Ulangi langkah sehingga tamat proses yang ingin diterangkan.
6.    Sambungkan kotak dari kiri ke kanan untuk baris berikutnya (jika perlu)

7.    Sekiranya terdapat penerangan selanjutnya, lukiskan kotak kecil di bawah langkah utama berkenaan.

I-Think ( Peta Pemikiran) 3: Peta Dakap

(A Language for Learning ms 48-53)







1.    Digunakan untuk mengkaji / menganalisa objek secara fizikal / maujud
2.    Tuliskan bahagian objek yang ingin dipisahkan dan gariskannya.
3.    Tuliskan bahagian / pecahan utama.
4.    Tuliskan bahagian / komponen yang lebih kecil di sebelah kanannya.

5.    Lukiskan ( { ) untuk menggabungkan / menyatukan objek dan komponennya.

I-Think ( Peta Pemikiran) 2: Peta Buih

(A Language for Learning pp30-35)

Bentuk:



1.    Lukiskan sebuah bulatan di bahagian tengah dan labelkan topik utama
di dalamnya.
2.    Lukiskan beberapa bulatan di sekelilingnya untuk diisi dengan kata adjektif / kata sifat bagi topik tersebut.
3.    Sambungkan semua bulatan tersebut dengan topik utama menggunakan garis lurus.
4.    Senaraikan seberapa banyak kata / frasa adjektif berkaitan sama ada positif / negatif . Warna yang berbeza boleh digunakan.

5.    Contoh: Kata Adjektif - cantik, baik hati, periang, pandai, pendiam, cemburu, malas.  Frasa Adjektif- bertelinga besar, berion positif, bersisik tebal.

I-Think ( Peta Pemikiran) 1: Peta Bulatan

(A Language for Learning pp24-29)



1.    Lukiskan sebuah bulatan kecil di bahagian tengah.
2.    Tuliskan topik utama yang ingin diperkenalkan dalam bulatan kecil tersebut.
3.    Lukiskan sebuah bulatan yang lebih besar mengelilingi bulatan kecil tersebut.
4.    Isikan bahagian dalam bulatan besar dengan segala maklumat berkaitan dengan topik tersebut untuk menjana idea (proses sumbangsaran).
5.    Lukis bingkai di bahagian luar bulatan besar untuk menyatakan sumber rujukan atau sudut pandangan daripada pelbagai pihak.